WHAT'S NEXT

CATS WEEKEND

07.00am - 10.00am

RODRIGUEZ BAKAL TINGGALKAN REAL?

Masa depan bintang Colombia, James Rodriguez kelihatan kabur di Real Madrid


Back To Sports Updates

SALVADOR, Brazil - Masa depan bintang Colombia, James Rodriguez kelihatan kabur di Real Madrid apabila difahamkan dia sedang memantau kelab baru.

Muncul antara pemain terbaik Piala Dunia 2014, pemain berusia 27 tahun itu dikatakan telah menarik minat beberapa kelab ternama Eropah termasuk juara Liga Juara-Juara, Liverpool.

Walaupun dua musim menjadi pemain pinjaman di Bayern Munich, Rodriguez telah memaklumkan kepada juara Bundesliga itu bahawa dia tidak berminat untuk menukar perjanjian tersebut kepada kontrak kekal.

Selain Liverpool, Juventus dan Napoli dikhabarkan berminat mendapatkan khidmat Rodriguez, termasuk kelab gergasi Liga Perdana Inggeris, Manchester United namun penyerang itu belum pasti di manakah destinasinya yang seterusnya.

“Saya belum tahu apa-apa lagi,” kata James kepada Marca selepas membantu pasukan negaranya melakar kemenangan 2-0 ke atas Argentina dalam aksi pembukaan Kumpulan B, semalam.

Sementara itu, bintang Real Madrid itu, memberi amaran kepada rakan sepasukannya agar tidak terbawa-bawa kemenangan tersebut dalam usaha mereka menjulang kejuaraan pertama Copa America sejak 2001.

“Kami beraksi dengan baik. Ia adalah perlawanan yang keras dan hari yang baik untuk semua rakyat Colombia dan apabila kami bersatu, ia lebih mudah untuk semua orang.

“Kami perlu bersikap tenang dan berhati-hati. Perjuangan masih panjang dan kami perlu berhati-hati dalam perlawanan berikutnya. Kami tidak boleh terlalu gembira,” ujarnya.

Sumber: Utusan Online