WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

DR. WAN AZIZAH, SYED SADDIQ UCAP TAHNIAH KEPADA SURESH

S. SURESH meraikan kejayaan muncul juara recurve Kejohanan Memanah Para Dunia di Hertogenbosch, Belanda semalam


Back To Sports Updates

KUALA LUMPUR 10 Jun - Kejayaan cemerlang yang diraih atlet memanah recurve paralimpik negara, S. Suresh dalam Kejohanan Memanah Para Dunia di Hertogenbosch, Belanda pada Ahad mendapat pujian Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Dr. Wan Azizah menerusi catatan terbaharu dalam laman twitternya hari ini mengucapkan tahniah kepada Suresh yang meraih pingat emas pada kejohanan berkenaan.

“Tahniah dan syabas atlet paralimpik negara, Suresh Selvathamby mengukir kejayaan menjadi juara dunia pertama Malaysia dalam sukan memanah. Kejayaan yang cukup membanggakan untuk negara Malaysia,” kata Dr. Wan Azizah.

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menerusi catatan dalam laman twitternya turut mengutuskan ucapan tahniah kepada atlet berusia 25 tahun itu.

Suresh jelas mempamerkan prestasi cemerlang selepas menumpaskan wakil Amerika Syarikat, Eric Bennett, 7-3 (26-28, 26-26, 27-25, 26-25, 29-27) pada aksi final recurve individu lelaki, sekali gus menempah tiket ke Sukan Paralimpik Tokyo 2020.

Untuk rekod, kali terakhir Malaysia meraih pingat pada kejohanan berkenaan adalah menerusi Allahyarham Salam Sidek yang meraih gangsa dalam edisi 2011 di Turin, Itali.

Sumber: BERNAMA