WHAT'S NEXT

SUNDAY CRUISE

12.00pm - 02.00pm

KARIUS UCAP TAHNIAH KEPADA LIVERPOOL

Bekas penjaga gol ‘sensasi’ Liverpool, Loris Karius mengirimkan ucapan tahniah kepada skuad Reds


Back To Sports Updates

LONDON - Bekas penjaga gol ‘sensasi’ Liverpool, Loris Karius mengirimkan ucapan tahniah kepada skuad Reds selepas mereka memenangi Liga Juara-Juara buat kali keenam apabila menumbangkan Tottenham Hotspur 2-0 di pentas akhir hari ini.

Karius menjadi bahan kritikan hebat selepas memberikan dua gol mudah kepada Real Madrid dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara musim lalu, sekali gus membawanya berpindah secara pinjaman ke Besiktas selepas peristiwa hitam itu.

Jurgen Klopp akhirnya membuat keputusan drastik dengan menaiktaraf benteng terakhir Liverpool dengan membawa masuk Alisson yang bernilai 70 juta pound (RM371 juta).

Pembelian tersebut tampak berbaloi apabila pemain kebangsaan Brazil itu mempamerkan aksi cemerlang dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara hari ini.

“Tahniah Liverpool. Sangat gembira di atas kejayaan ini untuk kelab dan penyokong, anda berhak meraihnya,” tulis Karius menerusi Twitter.

Sumber: Utusan Online