WHAT'S NEXT

CATS AM CREW

06.00am - 10.00am

SARAWAK KUTIP SATU MATA BERHARGA

Sarawak mengutip satu mata berharga selepas mengikat pasukan tercorot, Kelantan tanpa jaringan


Back To Sports Updates

KUCHING: Sarawak mengutip satu mata berharga selepas mengikat pasukan tercorot, Kelantan tanpa jaringan pada perlawanan Liga Premier 2019 di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu malam kelmarin.

Keputusan itu bagaimanapun tidak banyak membantu kedudukan pasukan itu yang kini jatuh ke tangga ke-10 dengan hanya mengutip sembilan mata hasil daripada dua kemenangan dan tiga seri selepas mengharungi 11 perlawanan.

“Kita mempunyai tiga peluang terbaik pada separuh masa kedua untuk menjaringkan gol menerusi Bobby Gonzales namun gagal diterjemahkan kepada jaringan.

“Pemain berusaha memberikan yang terbaik untuk menghadiahkan kemenangan namun nasib tidak memihak kepada kita.

“Apa pun saya tetap berpuas hati dengan keputusan ini dan kredit kepada pemain kerana berjaya mengutip satu mata berharga untuk pasukan,” komen jurulatih sementara, Mohamad Denny Da’ail ketika dihubungi semalam.

Menurut Denny, pujian patut diberikan kepada barisan pemainnya kerana berjaya menahan asakan bertali arus penyerang tuan rumah pada separuh masa pertama.

Sarawak akan menentang PDRM pada aksi seterusnya dijadual berlangsung pada 11 Mei ini di Stadium MBPJ bermula jam 10 malam.

Sumber: Utusan Borneo
oleh Harry Ilias