WHAT'S NEXT

#CATSMUZIK

10.00am - 01.00pm

OLAHRAGA GP MALAYSIA: RUSSEL SUMBANG PERAK

Russel terpaksa berpuas hati dengan perak apabila mencatat 21.12s


Back To Sports Updates

Harapan untuk menyaksikan wakil negara, Russel Alex Nasir Taib, mencipta kejutan serta memecahkan rekod kebangsaan di Stadium Nasional, Bukit Jalil tidak kesampaian apabila sekadar menamatkan saingan akhir 200m di tempat kedua dalam Kejohanan Olahraga Grand Prix (GP) Terbuka Malaysia, malam tadi.

Russel memecahkan rekod kebangsaan dengan catatan 20.77 saat dalam Kejohanan Trek Klasik Queensland, Australia, ketika memenangi pingat perak baru-baru ini.

Berdepan dengan enam lagi pelari, saingan hadir daripada dua pelari Taiwan, Tai Sheng Wei dan Shou Po Yeh.

Bermula baik dan berada di depan sehingga menuju 100m terakhir, Russel diberi tentangan sengit oleh Sheng Wei.

Dan menuju 50 meter terakhir, Russel tampak sudah keletihan dan ia memberi ruang kepada Sheng Wei untuk menamatkan larian di tempat pertama dengan catatan 21.0s.

Russel terpaksa berpuas hati dengan perak apabila mencatat 21.12s manakala gangsa milik, Po Yeh.

Dalam acara 200m wanita yang menyaksikan hanya empat pelari mengambil bahagian, dua pelari utama negara,S. Komalam Shally dan Siti Fatimah Ahmad juga gagal menghadirkan tentangan.

Acara itu dimenangi pemenang pingat emas 100m, Ana Bulonova dari Kyrgyzstan, dengan kepantasan 23.71s.

Perak milik Komalam dengan Siti Fatimah meraih gangsa.

Keputusan lain:

Lelaki:

1,500m

Emas: Musulman Dzholomanov (KGZ) 4 minit 00.13 saat

Perak: K. Prabudass (MAS)  4:03.11s

Gangsa: Vadim Levchenkov (KAZ) 4:04.07s


5,000m

Emas: Kartik Kumar (IND)  15:00.29s

Perak: Christopher Soosai (MAS) 16:07.01s

Gangsa: Gokhul Raj Balakrishnan (MAS) 16:51.63s


Wanita:

Lompat tinggi:

Emas: Tsai-Ching Jung (TPE) 1.78m

Perak: Kristina Ovchinnikova (KAZ) 1.75m (ocb)

Gangsa: Michelle Li (SGP) 1.75m


Lontar tukul besi:

Emas: Park Seojin (KOR) 59.52m

Perak: Hidayah Lukman (MAS) 50.34m

Gangsa: Fatin Nabihah Ibrahim (MAS) 43.87m


1,500m

Emas: Satarova Gulshanoi (KGZ) 4.33.09s

Perak: Rebi Pal (IND)  4:35.70s

Gangsa: Dimple Singh (IND)  4:37.45s

 

Sumber: AWANI