WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

SARRI PERLU SELAMATKAN KERJAYANYA DI CHELSEA

Maurizio Sarri akan berusaha untuk menyelamatkan pekerjaannya apabila kelab krisis Chelsea menentang Manchester United


Back To Sports Updates

LONDON: Maurizio Sarri akan berusaha untuk menyelamatkan pekerjaannya apabila kelab krisis Chelsea menentang Manchester United (MU) pada pusingan kelima Piala FA malam ini (Isnin).

Sarri boleh dipecat selepas musim pertama yang buruk di Stamford Bridge dan perkara ini boleh diburukkan lagi bagi pengurus dari Itali itu oleh penyingkiran dari Piala FA.

Chelsea mengalami kekalahan terbesar mereka dalam tempoh 28 tahun apabila mereka dibelasah 6-0 di Manchester City pada hujung minggu lepas, satu keaiban yang berlaku hanya beberapa minggu sahaja selepas kekalahan 4-0 yang memalukan di Bournemouth.

Di tengah dakwaan bahawa Sarri sudah hilang sokongan daripada para pemain, bekas pengurus Napoli itu mengdakan rundingan untuk menjelaskan keadaan pada minggu ini dalam usaha untuk meyakinkan skuad agar menyokongnya.

Ia bukan kali pertama dia telah mencabar bintang Chelsea selepas dia menuduh mereka sukar didorong, mempertikaikan kekuatan mental mereka, dan mendakwa mereka malah tidak faham perkara asas dalam pelan permainannya.

Pemain Sarri dikatakan tidak gembira dengan kaedah latihan pengurus dari Itali itu yang tidak memberi inspiras selain keengganannya untuk menyesuaikan taktiknya kepada pemain yang ada dalam tangannya.

Cesar Azpilicueta, Marcos Alonso dan N’Golo Kante semua disuruh memainkan peranan yang tidak sesuai dengan kekuatan mereka dan setakat ini, taklimat Sarri yang panjang lebar tidak membawa banyak perubahan.

Sementara ‘Sarri-ball’begitu popular dengan Napoli, Chelsea kelihatan tertekan bagi kebanyakan waktu pada musim ini, bergelut untuk mencari kepaduan di bahagian tengah tidak ada kelebihan di barisan hadapan.

Pemilik Chelsea, Roman Abramovich, dan pengarah berpengaruh Marina Granovskaia tidak mungkin akan menyelamatkan Sarri jika keputusan dan prestasi tidak meningkat dalam masa terdekat.

Sumber: Utusan Borneo