WHAT'S NEXT

#CATSMUZIK

10.00am - 01.00pm

SHAH FIRDAUS RAIH PERAK ACARA KEIRIN KEJOHANAN TREK ASIA 2019

Pelumba berbasikal trek yang sedang meningkat naik, Muhammad Shah Firdaus Sahrom meraih perak dalam acara keirin pada Kejohanan Trek Asia ke-39


Back To Sports Updates

KUALA LUMPUR: Pelumba berbasikal trek yang sedang meningkat naik, Muhammad Shah Firdaus Sahrom meraih perak dalam acara keirin pada Kejohanan Trek Asia ke-39 di Velodrom Antarabangsa Jakarta, pada Khamis.

Sementara pemenang pingat gangsa acara yang sama di temasya Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018, Mohd Azizulhasni Awang menamatkan saingan di tempat kelima.

Pingat emas kategori elit lelaki itu dimenangi pelumba Jepun, Yuta Wakimoto manakala rakan senegaranya, Tomoyuki Kawabata meraih gangsa.

Dalam pada itu dua wakil negara, Muhammad Ridwan Sahrom dan Mohammad Fariz Haikal Mohd Kadir, terlepas peluang meraih pingat dalam acara keirin Kejohanan Trek Remaja Asia ke-26 yang berlangsung serentak di venue yang sama.

Muhammad Ridwan dan Mohammad Fariz Haikal, masing-masing menamatkan saingan di tempat keempat dan kelima.

Pingat emas dimenangi pelumba dari India, Esow Esow dan diikuti Temirkhan Siazbekov (Kazakhstan) dan Duan Cheng En (Taiwan) masing-masing untuk pingat perak dan gangsa.

Sumber: BERNAMA