WHAT'S NEXT

CATS NIGHT OUT

08.00pm - 11.00pm

UNITED AKTIFKAN LANJUTAN KONTRAK DE GEA

De Gea sudah lama dikaitkan dengan beberapa kelab terbaik di Eropah, tetapi memilih untuk kekal di Old Trafford


Back To Sports Updates

MANCHESTER: Manchester United mengaktifkan lanjutan kontrak selama setahun untuk penjaga gol bintangnya, David De Gea, lapor media Britain, awal pagi tadi.

Kontrak penjaga gol Sepanyol itu dijadual berakhir pada penghujung musim ini dan tanpa mengaktifkan sebarang klausa lanjutan, dia boleh mengadakan perbincangan dengan kelab lain selepas jendela perpindahan Januari dibuka.

De Gea sudah lama dikaitkan dengan beberapa kelab terbaik di Eropah, tetapi memilih untuk kekal di Old Trafford untuk sekurang-kurangnya sehingga penghujung musim 2019/20.

Pemain berusia 28 tahun itu menyertai United dari kelab La Liga, Atletico Madrid dengan nilai dilaporkan 18.9 juta pound (RM101.10 juta) pada Jun 2011.

Dia mengambil alih posisi Edwin van der Sar dan membantu United memenangi trofi Liga Perdana Inggeris ke-13, di bawah skuad kendalian Sir Alex Ferguson pada kempen 2012/13.

Sejak itu, De Gea sering mencetus impak dalam kancah bola sepak Inggeris dengan namanya tersenarai dalam Pasukan Terbaik Persatuan Pemain Bolasepak Profesional sejak empat musim lalu.

Sumber: Berita Harian