WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

SENEGAL ATASI POLAND DENGAN GOL KONTROVERSI

Senegal muncul pasukan Afrika pertama mencatat kemenangan di Rusia 2018


Back To Sports Updates

MOSCOW: Senegal muncul pasukan Afrika pertama mencatat kemenangan di Rusia 2018 selepas menewaskan Poland 2-1 dalam saingan kumpulan H.

Namun jaringan kemenangan yang diperoleh menerusi M’Baye Niang mencetuskan kontroversi, selepas pemain Torino FC itu merampas bola hantaran ke belakang yang dibuat pemain Poland, sebaik sahaja selesai menerima rawatan di luar padang.

Tindakan itu memberi kelebihan kepadanya untuk memintas pertahanan Jen Bednarek dan penjaga gol Wojciech Szczesny sebelum menjaringkan gol kemenangan The Lions of Teranga itu pada minit ke-60.

Sebelum itu, skuad bimbingan Cisse Aliou mendahului perlawanan sebelum babak pertama tamat menerusi sepakan pemain Everton, Idrissa Gueye yang terkena pemain Poland, Thiago Cionek sebelum menerjah gawang.

Poland tidak mempunyai banyak peluang untuk menjaringkan gol sehingga Grzegorz Krychowiak menanduk masuk gol saguhati pasukan itu, empat minit sebelum perlawanan tamat.

Ini merupakan kekalahan ketujuh Poland daripada sembilan perlawanan Piala Dunia, walaupun diletakkan sebagai salah satu pasukan pilihan dalam kumpulan H.

Senegal 2-1 Poland

Sumber: AWANI