• LISTEN NOW ON AIR

    RUAI CATS

    01.00pm - 04.00pm

WHAT'S NEXT

GENG PETANG CATS

04.00pm - 08.00pm

JARINGAN CHUCKY LOZANO CETUSKAN GEMPA BUMI DI MEXICO CITY

Hirving Lozano menjaringkan gol kemenangan Mexico ke atas juara bertahan, Jerman awal pagi tadi


Back To Sports Updates

MOSCOW: Semuanya serba tak kena dengan persembahan pertama Jerman di Rusia.

Sami Khedira asyik terlepas penguasaan bola, Thomas Muller semacam hilang punca, rembatan Julian Brandt sedikit tersasar dan Mesut Ozil sukar cari ruang hantaran melepasi benteng Mexico.

Kegagalan skuad Die Mannschaft menemui rentak permainan meyakinkan selaku penyandang juara dimanfaatkan skuad El Tri yang sering melancarkan serangan balas yang pantas, sejurus merampas bola daripada Jerman.

Mexico tidak menunggu lama untuk menghukum kealpaan juara dunia empat kali itu apabila serangan balas pada minit ke-35, berakhir di kaki Hirving ‘Chucky’ Lozano.

Lozano mengelak cabaran Ozil sebelum melepaskan rembatan melepasi gawang yang dikawal Manuel Neuer.

Gegak gempita penyokong Mexico di Stadium Luzhniki tetapi tidak sehebat di tanah air Mexico.

Sebuah agensi pemantauan dan penyelidikan geologikal Mexico, SIMMSA mendapati ada berlaku gempa bumi kecil dan aneh di ibu negara negara itu, Mexico City.

Memetik laporan goal.com, gempa bumi yang dikesan berlaku di Mexico City bukan tercetus secara semulajadi.

Kenyataan diambil daripada Twitter SIMMSA juga menyebut kemungkinan gempa disebabkan berlaku lompatan besar ketika gol pasukan Mexico dijaringkan pada Piala Dunia.

Sekurang-kurangnya dua pengimbas di dalam bandar itu mengesan gempa yang berlaku pada 11.32 pagi (waktu Mexico), semasa perlawanan Jerman menentang Mexico.

 

 

Ia dianggar berlaku pada waktu yang sama Lozano menjaringkan gol di Moscow, yang mendahului lapan jam dari Mexico City.

Tidak mustahil memang itu puncanya, memandangkan bandar itu memiliki 8.9 juta penduduk yang menjadikannya bandar paling padat penduduk di Amerika Utara.

Bayangkan jika separuh daripada jumlah itu bersorak pada masa yang sama, ia mampu mencetuskan gegaran.

Kembali ke Moscow, Mexico terus ditekan dan terpaksa bertahan dengan peningkatan intensiti serangan daripada anak didik Joachim Low, yang berhempas pulas untuk sekurang-kurangnya menyamakan kedudukan.

Bagaimanapun kedudukan kekal 1-0 sehingga tamat permainan walaupun Jerman mempunyai beberapa peluang dihadapan gol.

Nyata, selepas Perancis dan Sepanyol, sumpahan ‘juara tak bertahan’ masih lagi hidup dan kini giliran Jerman menerimanya.

Sumber: AWANI