WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

#ILOVEUNITED BERSAMA LEGENDA MANCHESTER UNITED 10 MAC INI

Kelab ini mempunyai persefahaman yang baik dengan Malaysia. Jadi kami sangat gembira untuk mengajurkan acara ini


Back To Sports Updates

PETALING JAYA: Legenda kelab Manchester United (MU), David May bakal bertemu peminat di Malaysia menerusi program #ILoveUnited pada 10 Mac ini.

Bertempat di Berjaya Time Square, program ini memberi peluang kepada peminat tempatan untuk menyaksikan siaran langsung perlawanan Manchester United menentang seteru utamanya, Liverpool.

Pengarah Urusan Kumpulan Manchester United, Richard Arnold berkata, mereka teruja untuk membawakan siaran langsung itu buat jutaan peminat United yang berada di negara ini.

"Kelab ini mempunyai persefahaman yang baik dengan Malaysia. Jadi kami sangat gembira untuk mengajurkan acara ini."

"#ILoveUnited pastinya akan menjadi acara yang tidak akan dilupakan penonton. Penganjuran sebelum ini telah diadakan di beberapa buah negara lain dengan ribuan penyokong," ujarnya dalam satu kenyataan.

Acara eksklusif yang pertama kali dibawa ke Malaysia ini juga bakal menampilkan duta United iaitu Dwight Yorke dan Dennis Irwin.

Sewaktu acara itu, mereka akan memberi pandangan serta membuat analisis perlawanan yang ditonton bersama peminat.

Malah, pelbagai acara hiburan dan peraduan turut disediakan bagi memeriahkan lagi program berkenaan.Peminat bertuah juga berpeluang memenangi trip VIP ke Old Trafford.

Apa yang lebih menarik, program ini tidak mengenakan sebarang bayaran masuk dan peminat hanya perlu memohon tiket secara dalam talian menerusi www.manutd.com/iloveunited sebelum 4 Mac ini.

Bagi peminat yang telah pun mendaftar secara rasmi sebagai ahli kelab penyokong rasmi MU, merek diberi jaminan untuk mendapat tiket kemasukan ke acara terebut dengan memasukkan nombor keahlian mereka semasa proses permohonan.

Antara lokasi yang pernah menjadi pesinggahan program #ILoveUnited sebelum ini ialah New York dan Mumbai.

Sumber: mStar