• LISTEN NOW ON AIR

    CATS 30

    10.00am - 01.00pm

WHAT'S NEXT

LAGU TEBILANG CATS

01.00pm - 03.00pm

DOTA 2: OHAIYO SAH KE LGD.FOREVER YOUNG

Ohaiyo sebelum ini pernah berkongsikan yang dia mahu bermain Dota 2 China untuk beberapa tahun


Back To Sports Updates

SELEPAS berteka-teki ke manakah haluan yang bakal dipilih pemain profesional Dota 2, Khoo Chong Xin (Ohaiyo), 25 tahun kini sah menyertai pasukan dari China LGD.Forever Young.

Perkara itu diumumkan bekas pasukan Ohaiyo, Fnatic yang sebelum ini mencetuskan kontroversi pertukaran pemain itu pada bulan lalu.

Ohaiyo turut mengesahkan penyertaan beliau ke LGD.Forever Young.

Ohaiyo telah pun memulakan perlawanan pertamanya bersama LGD.Forever Young pagi tadi bagi pusingan kelayakan kejohanan Dota 2 Asia (DAC).

LGD.Forever Young terdiri daripada seorang lagi pemain Malaysia iaitu Tue Soon Chuan (Ah Fu).

Sementara itu Yao Zhengzheng (Yao), Xie Junhao (Super) dan Du Peng (Monet) adalah daripada China.

Pasukan itu pernah memenangi tempat ketiga Kejohanan Dota 2 Terbesar di Dunia iaitu The International pada tahun lalu yang berlangsung di Seattle dan membawa pulang lebih RM10 juta ($2,592,231).

LGD.Forever Young kini mendudukan ke-10 dalam ranking Dota 2 terbaik dunia dan mengumpul 135 mata kelayakan jemputan khas ke The International tahun ini.

Sumber: Awani