WHAT'S NEXT

#CATSMUZIK

10.00am - 01.00pm

KHAIRY PUAS HATI

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin melahirkan rasa puas hati dan gembira selepas melawat venue bagi acara sepak takraw


Back To Sports Updates

KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin melahirkan rasa puas hati dan gembira selepas melawat venue bagi acara sepak takraw di Stadium Titiwangsa, Isnin.

Menurutnya keadaan persiapan di stadium berkenaan berada pada tahap terbaik kecuali hanya menunggu lantai pertandingan yang baharu untuk dipasang yang dijangka tiba pada minggu hadapan.

"Dari aspek kemudahan asas, stadium ini telah dibaik pulih oleh pihak DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur) dan mereka telah menjalankan satu usaha yang sangat baik.

"Cuma beberapa lagi perhiasan di dalam stadium yang perlu dilengkapkan lagi," katanya kepada pemberita selepas mengadakan tinjuan venue sepak takraw menjelang Sukan SEA Kuala Lumpur, di sini Isnin.

Sementara itu, ketua jurulatih negara, Abdul Talib Ahmad berkata dalam fasa akhir latihan skuad sepak takraw, perkara yang ditekankan adalah dari aspek taktikal dan persediaan mental para pemain sebelum bermulanya saingan Sukan SEA, pertengahan bulan ini.

"Para pemain sedar mereka menggalas tugas yang berat, dan saya lihat mereka memang sedang berusaha keras untuk mencapai kejayaan di bumi sendiri.

"Yang paling penting adalah kemahuan para pemain itu sendiri. Kemahuan mereka mesti mengatasi segala-galanya dan tumpuan mereka hanya satu iaitu untuk meraih pingat emas," katanya.

Untuk rekod, skuad sepak takraw negara meraih pingat emas dalam acara regu pada Sukan SEA 2015 di Singapura, yang menyaksikan juara lapan kali, Thailand, tidak menghantar wakil dalam kategori berkenaan.

- Sumber dari Bernama