WHAT'S NEXT

CATS NIGHT OUT

08.00pm - 11.00pm

SUKARELAWAN KL 2017 PERLU JADI DUTA NEGARA - KJ

Tugas sukarelawan tidak tertakluk kepada perkhidmatan hakiki mereka, namun perlu menjadi duta kepada negara


Back To Sports Updates

KUALA LUMPUR: Tugas sukarelawan tidak tertakluk kepada perkhidmatan hakiki mereka, namun perlu menjadi duta kepada negara pada temasya Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para ASEAN ke-9 Ogos ini.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata, pengetahuan mereka seharusnya lebih daripada latihan sukarelawan selain peka kepada isu semasa berkenaan sukan serta negara.

"Di Olimpik Rio, sukarelawan memberi bantuan selain berpengetahuan. Di Singapura, sukan di Glasgow dan banyak lagi kejohanan sukan dunia peranan sukarelawan benar-benar menjadikan temasya itu istimewa," katanya selepas sesi menyampaikan amanat kepada sukarelawan Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para ASEAN ke-9 di Stadium Hoki Bukit Jalil di sini hari ini.

Katanya, Sukarelawan Sukan SEA 2017 yang dikenali sebagai 'Wau Factor' perlu memainkan peranan penting dalam memastikan hasrat Malaysia untuk menjadi penganjur terbaik temasya tersebut tercapai.

Jelasnya, semua yang terpilih sebagai sukarelawan bukan sahaja perlu mempersiapkan diri dari segi ke­terampilan dan kekuatan bahasa namun apa yang lebih penting adalah sentiasa bersedia berhadapan dengan situasi tidak diduga.

Sukarelawan Sukan SEA Kuala Lumpur dan Sukan Para ASEAN akan disediakan kemudahan makan dan minum selain pakaian rasmi, skim insurans berkelompok dan sijil penghargaan.

- Sumber dari Awani