WHAT'S NEXT

CATS NIGHT OUT

08.00pm - 11.00pm

MENANG KE ATAS BURNLEY, MAN UNITED LENYAPKAN 'BADI' DI TURF MOOR

Man United berjaya memperbesarkan peluang mereka untuk menembusi zon empat kelompok teratas Liga Perdana Inggeris


Back To Sports Updates

Manchester United berjaya memperbesarkan peluang mereka untuk menembusi zon empat kelompok teratas Liga Perdana Inggeris setelah menang 2-0 ke atas Burnley di Stadium Turf Moor, malam Ahad.

Bermain di hadapan penyokong lawan, United mampu menguasai perlawanan dengan mencatatkan 53 peratus penguasaan bola sepanjang pertandingan.

Menariknya mengenai perlawanan ini, ia menjadi kemenangan pertama yang berjaya diraih United di Turf Moor setelah kali terakhir kali menang pada 19 April 1976 atau 41 tahun lalu.

Malah, United juga sering dikutuk kerana selalu gagal menjaringkan gol di kandang Burnley.

United berjaya membuka keunggulan pada minit ke-21 melalui Anthony Martial sebelum gol ditambah oleh kapten pasukan Wayne Rooney pada minit ke-39.

Gol tersebut juga merupakan gol ke 251 Rooney.

Sementara itu Jose Mourinho juga mengaku gembira dan berpuas hati dengan keputusan yang dicatatkan di tempat yang dianggap 'keras' oleh mereka.

Kemenangan ini juga melanjutkan rekod tidak pernah kalah United dalam Liga Perdana sepanjang musim ini dalam 23 pertandingan.

Mourinho berkata, pemahaman tentang gaya bermain Burnley menyebabkan United berjaya melepasi 'badi' di kandang Burnley kali ini.

"Saya sangat gembira. Menang di sini bukan sesuatu yang mudah dan lebih sukar lagi jika ingin menguasai permainan. Namun, kami mampu mengawal permainan selama 90 minit," kata Mourinho memetik BBC.

"Kami faham bagaimana cara mereka bermain dan berdepan dengannya. Saya fikir ini adalah keputusan yang baik. Kami layak mendapat keputusan ini," katanya.

Kemenangan ini membawa United mengumpul 63 mata atau tertinggal satu mata di belakang Manchester City yang berada di posisi keempat carta Liga Perdana.

Menariknya, kedua pasukan ini akan bertemu di Stadium Etihad pada Khamis.

Sumber dari mStar Online