WHAT'S NEXT

#CATSMUZIK

10.00am - 01.00pm

QUARESMA BANTU PORTUGAL KE SUKU AKHIR


Back To Sports Updates
Portugal akan bertemu Poland di suku akhir selepas jaringan Ricardo Quaresma pada minit terakhir masa tambahan membantu kemenangan 1-0 ke atas Croatia sebentar tadi.

Ketika permainan tampak lebih berpihak kepada Croatia yang mensia-siakan deretan peluang terhidang, Portugal sebaliknya mencuri tempat ke suku akhir selepas pemain gantian,

Quaresma meledak gol kemenangan pada minit ke-117. Ia bermula dengan serangan balas pantas Portugal yang disusuli dengan percubaan Cristiano Ronaldo, namun bola berjaya ditampan penjaga gol Croatia, Danijel Subasic sebelum Quaresma menanduk masuk ke gawang yang tidak dikawal. Sepanjang permainan,

Croatia dilihat lebih banyak menjana serangan ke gawang Portugal tetapi beberapa percubaan tidak menepati sasaran. Peluang terbaik Croatia muncul pada minit ke-113 menerusi Domagoj Vida, tetapi tandukannya sedikit tersasar.

Sumber: Berita Harian