WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

JAGUH BERBASIKAL NEGARA, AZIZULHASNI AWANG MENERIMA SAMBUTAN WIRA

Jaguh berbasikal negara, Azizulhasni Awang menerima sambutan wira sebaik tiba di tanah air sebentar tadi


Back To Sports Updates

Sepang: Jaguh berbasikal negara, Azizulhasni Awang menerima sambutan wira sebaik tiba di tanah air sebentar tadi, susulan kejayaannya meraih pingat emas acara keirin pada Kejohanan Dunia Berbasikal Dunia 2017 (UCI) di Hong Kong, Khamis lalu.

Azizulhasni yang terkenal dengan jolokan “The Pocket Rocketman” nyata tidak mahu menghampakan peminatnya sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), tepat jam 7.55 malam tadi.

Sebaik muncul, dia melambai-lambaikan tangan kepada kira-kira 500 peminatnya yang setia menanti.

Dia juga sempat bersalaman dan menandatangani autograf untuk orang ramai yang mengerumuninya sebelum beredar menaiki kenderaan Institut Sukan Negara (ISN).

Turut menyambut ketibaan Azizulhasni, adalah isteri serta dua anaknya.

- Sumber dari Awani