• LISTEN NOW ON AIR

    RUAI CATS

    01.00pm - 04.00pm

WHAT'S NEXT

GENG PETANG CATS

04.00pm - 08.00pm

PIALA JUARA-JUARA ANTARABANGSA: MAN UNITED AKAN BERDEPAN CITY, REAL MADRID, BARCELONA

MANCHESTER United akan berdepan Manchester City, Barcelona dan Real Madrid dalam dalam saingan Piala Juara-Juara Antarabangsa 2017


Back To Sports Updates

MANCHESTER United akan berdepan Manchester City, Barcelona dan Real Madrid dalam dalam saingan Piala Juara-Juara Antarabangsa 2017.

Tottenham Hotspur, Paris Saint-Germain, Roma dan Juventus juga akan mengambil bahagian dalam pertandingan pra-musim yang menyaksikan perlawanan diadakan di seluruh Amerika.

City dan United ditetapkan akan bertemu pada 20 Julai di sebuah tempat yang masih belum disahkan. Perlawanan itu juga akan menjadi kali pertama buat kedua-dua pasukan bertemu di luar United Kingdom.

Tahun lepas, dua pasukan ini sepatutnya melangsungkan perlawanan pra-musim di China, tetapi hujan lebat di Beijing menyebabkan perlawanan itu dibatalkan.

Acara pra-musim turut menyaksikan perlawanan antara dua pasukan hebat La Liga, Real Madrid dan Barcelona, ​​yang akan bermain pada 29 Julai di Stadium Hard Rock di Miami.

United juga akan menentang Madrid dan Barcelona, ​​manakala City akan berdepan Los Blancos dan Tottenham.

Spurs juga dijadualkan berdepan dengan juara Ligue 1 Paris Saint-Germain, selain Juventus dan Roma yang turut dijadual mengambil bahagian dalam kejohanan itu.

"Piala Juara-Juara Antarabangsa tahun ini akan menampilkan dua pesaing derby paling ikonik dalam sukan iaitu derby El Clasico dan derby Manchester," kata pengerusi penganjur, Relevent Sport, Charlie Stillitano.

"Barisan pasukan yang mengambil bahagian dalam kejohanan tahun ini semuanya bertaraf dunia, yang diketengahkan melalui tiga pasukan terbaik liga domestik serta pemegang gelaran juara bagi Liga Juara-Juara.

"Penganjuran perlawanan bola sepak berkaliber ini di Amerika Syarikat hanya boleh dilaksanakan melalui ICC, di mana pasukan-pasukan ini boleh bersaing dalam kejohanan yang sangat berdaya saing dalam membuat persediaan untuk kempen domestik mereka yang akan datang."

 

Jadual Penuh


19 Julai: PSG v Roma

20 Julai: Man Utd v Man City

22 Julai: Barcelona v Juventus

22 Julai: Tottenham v PSG

23 Julai: Man Utd v Real Madrid

25 Julai: Tottenham v Roma

26 Julai: Man Utd v Barcelona

26 JulaI: PSG v Juventus

26 Julai: Real Madrid v Man City

29 Julai: Man City v Tottenham

29 Julai: Real Madrid v Barcelona

30 Julai: Juventus v Roma