WHAT'S NEXT

CATS UJUNG MINGGU

01.00pm - 04.00pm

KERANA GOL AWAL ITU, KITA REBAH – DAVID USOP

Dek gol awal lawan, Sarawak terpaksa menelan pahit kekalahan biarpun bermain dengan baik dan menghiburkan


Back To Sports Updates

Dek gol awal lawan, Sarawak terpaksa menelan pahit kekalahan biarpun bermain dengan baik dan menghiburkan.

“Inilah bola sepak. Bagaimana cantik sekali pun permainan kita, yang penting adalah jaringan gol. Gol menjadi pemisah antara yang menang dan kalah,” kata David Usop, yang jelas kecewa dengan keputusan tewas 0-1 kepada Melaka United dalam aksi Liga Super di kubu sendiri.

Katanya, anak-anak buahnya bermain dengan baik dan semangat juang yang tinggi.
Namun mereka terpaksa menelan hakikat bahawa jaringan Jeon Woo Young pada minit ke-13 semalam melenyapkan drama kehebatan seluruh permainan.

“Kita kempunan tiga mata,” katanya lagi.

Ia kekalahan ketiga kepada skuad Ngap Sayot itu, selepas kecundang kepada Pahang 0-1, juga di Stadium Negeri dan 3-2 kepada Kedah di Stadium Darulaman.

David mengakui, ketajaman sentuhan penyudah masih menghantui pasukannya, biarpun Mateo Roskam dan Mark Hartmann telah menunjukkan kemampuan sebenar mereka ketika bertemu Misc-Mifa dalam aksi Piala FA sebelum ini.

“Peluang wujud, tetapi terjemahannya kepada gol sering gagal.

Secara keseluruhan katanya, biarpun tewas, anak-anak buahnya telah memberi persembahan yang menghiburkan.

“Mereka dibarisi pemain muda dan bukan bertaraf bintang. Namun aksi mereka berjaya mendatangkan bahaya kepada lawan, selain mengekang kemaraan lawan dengan cekap.

Ditanya apakah faktor keletihan menjadi punca selepas menang 6-3 pada Selasa lalu dalam saingan Piala FA, David menafikan para pemain mengadu penat.

“Tidak sama sekali. Mereka tidak membayangkan kepenatan. Sebaliknya mereka bermain dengan baik dan bertenaga.

“Cuma mereka hilang sengat dan kerancakan seperti ketika menundukkan Misc-Mifa.

Katanya lagi, episod kekalahan ini harus segera dipadamkan bagi membolehkan fokus diberikan kepada perlawanan seterusnya.

“Latihan akan digandakan bagi memastikan kesilapan serupa tidak berulang manakala ketajaman serangan diasah kembali,” jelasnya.