WHAT'S NEXT

CATS NIGHT OUT

08.00pm - 11.00pm

KEADAAN LOKASI OLIMPIK RIO 2016 SELEPAS 6 BULAN

Sukan Olimpik Rio de Janeiro adalah antara penganjuran Olimpik yang meninggalkan pelbagai kontroversi seperti masalah air kolam renang yang berubah


Back To Sports Updates

Sukan Olimpik Rio de Janeiro adalah antara penganjuran Olimpik yang meninggalkan pelbagai kontroversi seperti masalah air kolam renang yang berubah warna, masalah penyeluk saku serta masalah kemiskinan rakyat ketika penganjuran kejohanan sukan yang gilang gemilang ini.

Kini setelah enam bulan daripada tarikh penganjuran yang berlangsung pada bulan Ogos yang lalu, tempat dan lokasi beberapa acara telah berubah menjadi bangunan tinggal.

Gambar: Reuters

 

Dapat dilihat juga kemudahan yang disediakan seperti tempat duduk, kawasan rehat dan lain lain telah musnah dan seakan telah ditinggalkan bertahun lamanya.

Sebagai contohnya Stadium Maracanã yang berlangsung acara bola sepak telah dirombak dan dimusnahkan bahkan kawasan suka yang mempunyai velodrome dan gelanggang tenis juga telah ditutup.

Menerusi tinjauan oleh AAP bersama pengarah eksekutif Catalytic Communities (satu NGO yang memberi sokongan kepada masyarakat di sana) memberitahu keadaan menjadi lebih teruk kerana kegawatan ekonomi yang berlaku di Rio.

 

Gambar: Reuters

Beliau turut memberitahu orang ramai di sana semakin menderita kerana ketika penganjuran sukan tersebut hampir 80,000 rakyat Rio yang miskin dipindahkan dari rumah mereka dan kini mereka hidup dalam keadaan yang lebih menderita daripada sebelumnya.

Sememangnya penganjuran sukan bertaraf antarabangsa ini menelan belanja yang banyak dan ia memberikan keuntungan kepada negara penganjur sekiranya diurus dengan betul dan mempunyai perancangan masa hadapan.

Kami kongsikan beberapa lagi gambar keadaan di sana yang dipetik daripada Reuters.