WHAT'S NEXT

CATS WEEKEND

07.00am - 10.00am

EPL: MARTINEZ TERPAKSA BEREHAT LAPAN MINGGU

Martinez bakal terlepas sembilan perlawanan sepanjang lapan minggu tempoh pemulihan ekoran kecederaan ligamen lutut - AFP


Back To Sports Updates

MANCHESTER - Pemain pertahanan Manchester United, Lisandro Martinez sekali lagi terpaksa melupakan aksi musim ini apabila mengalami masalah kecederaan ligamen lutut ketika menentang West Ham United Ahad lalu.

Pemain antarabangsa Argentina itu dilapor kemungkinan terpaksa berehat sehingga lapan minggu selepas insiden pelanggarannya bersama pemain pertahanan The Hammers, Vladimir Coufal pada minit ke-66 perlawanan.

Bagaimanapun, dia cuba untuk meneruskan permainan sebelum terpaksa dibawa keluar dan digantikan dengan Raphael Varane empat minit kemudian dan ujian imbasan mendapati terdapat kecederaan pada ligamen lututnya.

“Lisandro Martinez dikesan mengalami kecederaan pada bahagian ligamen lutut dan tempoh pemulihannya mungkin mengambil masa sehingga lapan minggu.

“Kami berharap Licha mampu sembuh dengan lebih cepat dan kelab sangat teruja untuk menyaksikan dia kembali ke padang sebelum musim ini berakhir,” menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh United.

Bagaimanapun, terdapat perkhabaran yang positif diterima United apabila kecederaan Martinez itu tidak memerlukannya menjalani pembedahan, tetapi dia mungkin akan terlepas sehingga sembilan perlawanan sepanjang proses pemulihan berkenaan.

Aksi menentang West Ham tersebut merupakan perlawanan keempat disertai Martinez apabila dia sebelum ini terpaksa berehat selama empat bulan ekoran pembedahan kedua kakinya yang patah ketika menentang Sevilla pada aksi Liga Europa April tahun lalu.

Sumber: Kosmo Online!

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini