WHAT'S NEXT

CATS NIGHT OUT

08.00pm - 11.00pm

TAWARAN MEGA AL-HILAL BUAT LIONEL MESSI

Messi menjadi buruan Al-Hilal selepas musuh tradisi mereka, Al-Nassr berjaya mendapatkan khidmat Ronaldo. – AFP


Back To Sports Updates

RIYADH – Gergasi Arab Saudi, Al-Hilal dilaporkan bersedia membuat tawaran mega bernilai £194 juta (RM1.05 bilion) setahun untuk mendapatkan khidmat bintang Paris Saint-Germain, Lionel Messi.

Messi, 36, akan menjadi ejen bebas sekiranya pemenang Piala Dunia 2022 bersama Argentina itu tidak menandatangani perjanjian baharu bersama PSG memandangkan kontraknya bakal berakhir hujung musim ini.

Khabar angin mula bertiup kencang selepas bapanya, Jorge dilihat berada di Riyadh ming­gu ini sekali gus menimbulkan spekulasi tersebut biarpun memberikan alasan untuk tujuan perniagaan.

Difahamkan, Al-Hilal tiada masalah untuk mengemukakan tawaran tersebut sebaik penggantungan perpindahan mereka tamat penghujung musim ini.

Dalam masa sama, ahli-ahli politik di negara itu juga didakwa sanggup melibatkan diri untuk menaikkan had gaji dalam kancah Liga Pro Arab Saudi supaya Messi dapat beraksi di sana.

Ia semata-mata bagi memastikan Al-Hilal mempunyai seorang pemain bertaraf bintang selepas seteru utama mereka, Al-Nassr berjaya mengikat khidmat Cristiano Ronaldo dengan harga £175 juta (RM952.79 juta) setahun.

Kegagalan PSG melangkah ke peringkat seterusnya dalam kempen Liga Juara-Juara musim ini boleh menjadi faktor utama menghalang Messi daripada me­lanjutkan kontraknya bersama gergasi Perancis itu.

Selain Al-Hilal, beberapa kelab dari Amerika Syarikat juga pernah menyatakan minat mereka untuk mendapatkan khidmat Messi selepas ini.

Sumber: Kosmo Online!

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini