WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

SAMPAI MASA MESSI TINGGALKAN ARGENTINA

Messi disaran untuk memberi fokus kepada kelab dan bersara daripada aksi antarabangsa kerana faktor usia. – AFP


Back To Sports Updates

PARIS – Bekas pemain Paris Saint-Germain, Ludovic Giuly merasakan Lionel Messi wajar mengumumkan persaraan daripada skuad kebangsaan Argentina untuk berikan fokus lebih kepada The Parisians.

Ketika ini kontrak Messi bersama PSG akan tamat pada peng­hujung musim ini, namun masa depannya di Parc des Princes masih lagi samar, malah turut dikaitkan bakal kembali ke pangkuan Barcelona.

Giuly juga berpendapat PSG wajar segera mendapat kata putus daripada Messi, namun pemain berusia 35 tahun itu perlu membuat pembahagian masa secara berhati-hati terutamanya jika membabitkan tugasan antarabangsa.

“Kita perlu sedar yang Leo tidak lagi dapat bermain dalam semua perlawanan dan ada kalanya dia perlu berehat sebelum hadapi sesuatu perlawanan. Leo berkata, dia masih mahu bermain dengan Argentina dan itulah yang mungkin jadi masalah.

“Kita lihat dia memenangi Piala Dunia kerana dia melakukan persiapan lebih baik dan itu sepatutnya mampu meyakinkan PSG untuk beri lanjutan kontrak kepada Messi. Segalanya terbukti dia mampu jika diuruskan de­ngan baik,” katanya.

Bagaimanapun, Presiden Barcelona, Joan Laporta mengakui cukup menyukai Messi, tetapi dalam laporan sebelum ini menyebut kelab itu tidak akan mengganggu kapten Argentina berkenaan kerana dia masih miliki kontrak dengan PSG.

“Dia menang Piala Dunia dan penyokong kami juga gembira. Dia sekarang berada bersama PSG dan sama ada dia akan kembali atau tidak, secara amnya kami sangat gembira dia akan kembali pada suatu hari nanti,” ujarnya.

Sumber: Kosmo Online!

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini