WHAT'S NEXT

CATS WEEKEND BEAT

04.00pm - 08.00pm

EPL: JURGEN KLOPP TERDESAK PULIHKAN LIVERPOOL

Pengurus dari Jerman itu mahu bertanggungjawab penuh ke atas apa yang berlaku dan kini sedang berusaha keras


Back To Sports Updates

LIVERPOOL – Pengurus Li­verpool, Jurgen Klopp mengakui pasukannya kini tidak mempunyai talian hayat dan perlu keluar daripada krisis prestasi mereka.

Pengurus dari Jerman itu mahu bertanggungjawab penuh ke atas apa yang berlaku dan kini sedang berusaha keras untuk mencari kemenangan liga sulung pada 2023 bermula dengan aksi derbi menentang Everton di Anfield, awal pagi esok.

“Sudah pasti kami tidak akan sembunyikan fakta dan sekarang kami mahu cuba keluar daripada situasi ini. Kamu boleh mengkritik, tetapi jangan tuju ke arah orang yang salah kerana saya bertanggungjawab penuh kepada semua ini dan saya tidak ada masalah jika berdepan kritikan.

“Saya tidak begitu pasti (kempen musim lalu beri kesan kepada pemain), namun ia tetap beri kesan. Pada pandangan saya, jika kita berdepan keadaan sukar, kita tidak boleh biarkannya berterusan dan harus berjuang untuk keluar daripada situasi ini,” ujarnya.

Musim lalu, The Reds cukup cemerlang dengan memenangi Piala Liga Inggeris dan Piala FA, malah muncul naib juara dalam kempen Liga Juara-Juara dan Liga Perdana Inggeris.

Namun, segala-galanya ber­ubah musim ini apabila Liverpool dilihat berdepan detik paling sukar sejak di bawah Klopp, gagal mempertahankan Piala Liga Inggeris dan Piala FA, malah belum meraih sebarang kemenangan liga sepanjang 2023.

Penjaga golnya, Alisson Bec­ker juga akui pertemuan dengan Everton bakal menjadi langkah pertama buat Liverpool keluar daripada keadaan sekarang dan seluruh pasukan sedang bekerja keras.

“Sekarang adalah detik sukar dan kami akuinya. Saya fikir langkah pertama yang harus kami lakukan adalah menukar situasi sekarang dan inilah yang kami sedang lakukan,” jelasnya.

Sumber: Kosmo Online!

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini