WHAT'S NEXT

CATS WEEKEND

07.00am - 10.00am

KEJAYAAN JDT RANGKUL PIALA LIGA SUPER DISAMBUT MERIAH

Sejumlah 24,280 penyokong pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) membanjiri Stadium Tan Sri Hassan Yunos Larkin di sini malam ini, bagi meraikan kejayaan


Back To Sports Updates

Tidak seperti selalunya, sambutan kali ini diadakan sejurus tamatnya perlawanan antara JDT menentang T-Team, yang menyaksikan skuad Mario Gomez itu menang 5-1.

Ketua Pegawai Eksekutif Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP), Kevin Ramalingam menyampaikan Piala Liga Super kepada Presiden Kelab JDT, Tunku Aminah Sultan Ibrahim selepas tamat perlawanan.

Sambutan kejayaan JDT kali ini akan disambung dengan perarakan pasukan itu mengarak piala menggunakan sebuah bas ke Dataran Bandaraya Johor Bahru.

 

Perarakan menyusuri beberapa jalan dan tempat termasuk Jalan Bomba Larkin, Jalan JPJ Lama, Jalan Tun Razak, bangunan City Square, Jalan Wong Ah Fook, Tropical Inn, Jalan Trus, Kotaraya, Jalan Ibrahim, Jalan Tun Dr Ismail, Jalan Lot 1, Hospital Sultan Aminah, gerbang Istana Bukit Serene dan KFC sebelum terus memasuki kawasan dataran.

Di dataran, skuad kendalian Mario Gomez itu dijangka diraikan secara gilang gemilang dengan penganjur akan membuat persembahan bunga api secara besar-besaran bagi menghangatkan suasana.

Sementara itu,menurut Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Ismail Karim, kejayaan JDT itu bagaimanapun tidak membawa pengisytiharan cuti peristiwa kepada rakyat Johor.

“Rakyat akan bekerja seperti biasa kerana sebelum ini, kita sudah pun memberikan cuti ketika Harimau Selatan memenangi Piala AFC 2015,” katanya sewaktu dihubungi di sini.

JDT menjulang Piala Liga Super sejak 2014 dan mempertahankan kejuaraannya pada tahun ini dan tahun lepas.


Sumber:– BERNAMA