WHAT'S NEXT

CATS AM CREW

06.00am - 10.00am

SOUTHGATE CALON KE UNITED

Manchester United dikatakan akan memecat Ole Gunnar Solskjaer jika keputusan tidak bertambah baik di Old Trafford musim ini


Back To Sports Updates

MANCHESTER: Manchester United dikatakan akan memecat Ole Gunnar Solskjaer jika keputusan tidak bertambah baik di Old Trafford musim ini — dengan pengurus England, Gareth Southgate mengetuai calon untuk mengambil alih selepas Euro 2020.

United membuat pelaburan besar dalam projek Solskjaer dan mahu pemain popular Norway itu menukar keadaan, namun sumber memberitahu berdasarkan 'senario Kenny Dalglish' apabila Liverpool memecat legenda kelab itu pada 2012 untuk memberi ruang buat Brendan Rodgers dan kemudian Jurgen Klopp.

Penjaring gol United ketika kemenangan pada LIga Juara-Juara 1999, Solskjaer itu sedar dia tidak akan diberikan tempoh tiga tahun untuk menang seperti diberikan kepada Klopp di Liverpool.

Ketika Mauricio Pochettino secara umum digambarkan sebagai calon utama jika wujud kekosongan di Old Trafford, Southgate juga dilihat sesuai bagi meneruskan polisi United menggunakan pemain muda sebagai teraju utama.

Dia selalu berkunjung ke pusat latihan United selaku pengurus England dan kagum dengan cara kelab membangunkan pemain muda.

Naib Pengerusi Eksekutif United, Ed Woodward juga kagum dengan pasukan England berkembang di bawah kendalian Southgate.

Solskjaer terus diberi tekanan selepas tiga kekalahan daripada empat saingan liga oleh penyokong yang mengejek keluarga Glazer dan Woodward di Old Trafford.

Sumber: Berita Harian