WHAT'S NEXT

CATS NIGHT OUT

08.00pm - 11.00pm

LIVERPOOL DIMINTA FOKUS LIGA PERDANA

Liverpool akan memulakan saingan padat 13 perlawanan dalam 41 hari di Crystal Palace esok


Back To Sports Updates

LIVERPOOL: Liverpool akan memulakan saingan padat 13 perlawanan dalam 41 hari di Crystal Palace esok yang akan menentukan musim mereka dan bagaimana era Jurgen Klopp akan diingati di Anfield.

Kehebatan dan kontroversi kemenangan 3-1 mengatasi juara bertahan, Manchester City sebelum rehat perlawanan antarabangsa meletakkan Liverpool sembilan mata di depan skuad kendalian Pep Guardiola.

Mereka memegang kelebihan lapan mata mengatasi pasukan tangga kedua, Leicester dan menjadi pilihan utama mencari gelaran liga selepas penantian 30 tahun.

Kunjungan ke Selhurst Park juga adalah permulaan lima saingan liga berdepan pencabar yang dilihat atas kertas tidak mampu memberikan saingan kuat buat pasukan yang hanya melepaskan dua mata liga sepanjang musim ini – selepas seri 1-1 berdepan Manchester United.

Namun Liverpool yang perlu bermain di luar liga mencetuskan minat serta spekulasi beberapa minggu akan datang.

Mereka terbabit dalam Piala Dunia Kelab FIFA di Qatar, selain Piala Liga bermakna Klopp perlu bermain dua perlawanan dalam tempoh 24 jam yang dipisahkan jarak 6,400 kilometer.

Liverpool akan ke Aston Villa pada 17 Disember pada suku akhir sebelum bermain di Timur Tengah pada 18 Disember dengan Klopp perlu menyediakan dua skuad untuk melaluinya.

Beberapa pengkritik diketuai bekas pemain utama di Anfield, Jamie Carragher berkata Klopp sepatutnya mengetepikan empat saingan Piala yang turut membabitkan pasukan itu musim ini - dua piala domestik, Liga Juara-Juara dan Piala Dunia Kelab.

Keghairahan di Merseyside untuk menjuarai gelaran liga bertambah apabila hampir melakukannya di bawah kendalian Brendan Rodgers pada 2014.

Sumber: Berita Harian