WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

'INI SOALAN SERIUS ATAU JENAKA?' - NADAL BERANG KEKALAHAN DIKAITKAN DENGAN ISTERI

Rafael Nadal hilang sabar apabila kekalahannya dikaitkan dengan perkahwinannya


Back To Sports Updates

LONDON: Pemain tenis No.1 dunia, Rafael Nadal hilang sabar selepas kekalahannya pada pusingan akhir Kejohanan ATP di London dikaitkan dengan perkahwinannya.

Nadal tewas kepada Alexander Zverev selepas pemain berusia 22 tahun dari Jerman itu menang 6-2 dan 6-4, lapor CNN.

Pada sidang media, pemain Sepanyol itu nyata berang apabila wartawan mengaitkan punca kekalahan disebabkan perkahwinannya dengan Xisca Perello.

“Awak bertanyakan saya soalan ini? Adakah ini soalan serius atau jenaka?

“Saya sungguh tidak sangka anda tanya saya soalan sebegini selepas saya bersama dengan wanita yang sama sejak 15 tahun lalu.

“Selama tempoh itu, saya berada dalam keadaan yang stabil dan normal,” katanya.

Terdahulu, Nadal dan Perello berkahwin di Mallorca, Sepanyol bulan lalu selepas menjalinkan hubungan selama 15 tahun.

Kemarahan Nadal memuncak sebelum mengajukan soalan kepada wartawan dari Itali itu.

“Berapa lama anda sudah bersama dengan pasangan anda? Kami berpindah ke Sepanyol kerana semua yang berlaku ini sangat tidak masuk akal.

“Terima kasih,” kata Nadal sebelum menamatkan sidang media berkenaan.

Sumber: AWANI