WHAT'S NEXT

CATS NIGHT OUT

08.00pm - 11.00pm

REDS MENAKJUBKAN - KLOPP

Bos Liverpool, Juergen Klopp berkata memiliki kelebihan sembilan mata di depan Manchester City membuatkannya merasa seperti ‘baharu’


Back To Sports Updates

LIVERPOOL: Bos Liverpool, Juergen Klopp berkata memiliki kelebihan sembilan mata di depan Manchester City membuatkannya merasa seperti ‘baharu’ selain bangga dengan kesungguhan skuad bimbingannya yang menundukkan penyandang juara itu 3-1 di Anfield, awal pagi tadi.

Gol sumbangan Fabinho, Mohamed Salah dan Sadio Mane meletakkan tuan rumah selesa mendahului 3-0 dengan jaringan sagu hati City diperoleh menerusi Bernardo Silva pada minit ke-78.

"Kamu dapat melihat pada 10 atau 15 minit terakhir apabila City menjaringkan gol ia memberikan mereka kepercayaan dan sejak itu mereka mengawal permainan,” kata Klopp.

“Tetapi sepanjang 70 minit pertama permainan kami mengawal perlawanan dengan kesungguhan kami dan kami tidak membenarkan mereka buat apa yang mereka ingin lakukan.

“Jika jika mudah, lebih banyak pasukan cuba melakukannya tetapi pemain-pemain saya melakukan perubahan yang menakjubkan sekali lagi.”

Kemenangan bergaya itu turut menyaksikan Liverpool kini mengungguli carta liga dengan kelebihan lapan mata di depan Leicester dan Chelsea dengan Klopp yang pasukannya kini tidak tewas dalam 29 perlawanan Liga Perdana berkata ketiga-tiga gol yang disumbatkan sebagai ‘menakjubkan.’

“Itu yang kamu perlu katakan untuk hari seperti ini. Kamu perlu menjaringkan gol yang istimewa menentang mereka, di mana kamu perlu bertahan dengan sepenuh hati dan itulah yang kami lakukan.

“Saya tidak mengetahui banyak cara untuk menewaskan City tetapi jika kamu mahu melakukannya, kami perlu melakukannya dengan bersungguh-sungguh dan memaksa mereka mengikuti permainan kami dan itulah yang pemain lakukan.”

Sumber: Berita Harian