WHAT'S NEXT

#CATSMUZIK

10.00am - 01.00pm

MEMANAH PARA: WIRO TIDAK SANGKA LAYAK KE TOKYO

Pemanah para negara, Wiro Julin, tidak sangka tuah akan memihaknya untuk layak secara merit ke Sukan Paralimpik Tokyo 2020


Back To Sports Updates

Pemanah para negara, Wiro Julin, tidak sangka tuah akan memihaknya untuk layak secara merit ke Sukan Paralimpik Tokyo 2020.

Atlet yang tidak sampai dua tahun menyertai skuad kebangsaan itu muncul pemanah kedua menempah slot ke Tokyo selepas mara ke final acara compound individu dalam Kejohanan Memanah Para Asia di Bangkok, Thailand, Khamis lalu.

Biarpun tewas kepada pemanah Hong Kong, Ngai Ka Chuen, Wiro tetap berpuas hati dengan pingat perak yang diraihnya dan menganggap ia sebagai penebus duka selepas gagal ke Kejohanan Dunia di Belanda, Jun lalu.

"Saya tidak tidur sejak malam sebelum perlawanan.

"Saya berkata kepada diri saya 'tidak dapat emas pun tidak mengapa, yang penting saya dapat layak (ke Sukan Paralimpik).

"Sewaktu separuh akhir, jurulatih menyuruh saya menganggapnya sebagai final kerana ia akan melayakkan saya," katanya.

Atlet kelahiran Sarawak itu mengharapkan satu program khas dapat dirangka untuknya dan S. Suresh (pemanah recurve para nombor satu dunia) sebagai persiapan untuk menghadapi temasya itu.

"Saya cuba meminta jurulatih untuk mengadakan lebih latihan pusat.

"Kami ingin berlatih di tempat yang sejuk, berangin atau panas kerana kami mahu mencuba semua (keadaan) itu," tambahnya.

Sumber: Astro Arena