WHAT'S NEXT

CATS WEEKEND

07.00am - 10.00am

LONJAK PRESTASI JIKA ENGGAN SOLSKJAER DIPECAT

Manchester United mengharungi prestasi buruk ketika ini justeru pengurus, Ole Gunnar Solskjaer menggesa pemainnya


Back To Sports Updates

LONDON: Manchester United mengharungi prestasi buruk ketika ini justeru pengurus, Ole Gunnar Solskjaer menggesa pemainnya supaya meningkatkan prestasi jika mereka mahu dia kekal di Old Trafford.

Solskjaer sedar jika skuad kendaliannya tewas ketika bertemu pendahulu Liga Perdana, Liverpool selepas rehat antarabangsa, minggu depan, ia boleh mengakibatkan jawatannya terancam.

United menempuh permulaan terburuk dalam kempen Liga Perdana sejak 30 tahun apabila tewas 1-0 kepada Newcastle minggu lalu dan hanya dibezakan dua mata daripada zon penyingkiran.

Sejurus kekalahan kepada Newcastle, bekas penyerang United itu menggunakan perkataan “memalukan” bagi menggambarkan prestasi pemainnya di atas padang.

Pengendali dari Norway itu begitupun memperoleh kelegaan apabila mengetahui Ketua Pegawai Eksekutif United, Ed Woodward menyokongnya sejurus prestasi kewangan pasukan itu didedahkan kepada umum.

Tetapi Solskjaer merasakan ia tidak mencukupi terutama jika berpandukan kepada prestasi United yang jauh daripada sasaran diletakkan.

Tindakan yang dibuat dengan menyenaraikan ramai pemain muda mendapat pujian tetapi selepas apa yang diharungi kelab itu, perubahan yang cuba dilakukan tampak tidak lancar.

Justeru menurut akhbar di England, ketika membincangkan prestasi kelab bersama pemainnya, Solskjaer turut memberi amaran betapa pemain-pemain bintangnya yang ‘gagal’ juga akan disingkirkan jika dia dipecat.

Selepas mengharungi 23 perlawanan di bawah kendalian Solskjaer, United hanya menang lima dan ironinya, David Moyes, Louis Van Gaal dan Jose Mourinho dipecat lebih awal sekali pun prestasi mereka lebih baik.

Sumber: Berita Harian