WHAT'S NEXT

#CATSMUZIK

10.00am - 02.00pm

PENGENDALI VIETNAM RISAU TRANSFORMASI HARIMAU MALAYA

Tranformasi skuad Harimau Malaya dibawah kendalian Tan Cheng Hoe terus menghadirkan rasa gusar


Back To Sports Updates

HANOI: Tranformasi skuad Harimau Malaya dibawah kendalian Tan Cheng Hoe terus menghadirkan rasa gusar buat pengendali pengendali Vietnam, Park Hang Soe menjelang pertemuan kedua-dua pasukan di Stadium My Dinh, di sini, malam esok.

Walaupun sudah menghantar 'perisik' iaitu pembantunya, Lee Young Jin datang ke Kuala Lumpur menyaksikan sendiri aksi antara Malaysia dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) sebelum ini, perasaan tidak senang duduk seakan main bermain di fikiran Hang Seo.

Pengendali dari Korea Selatan itu menyifatkan skuad Harimau Malaya makin mempamerkan peningkatan dan jelas memiliki kekuatan tersendiri di beberapa posisi.

“Apa yang boleh saya lihat, Malaysia kali ini bertambah baik terutamanya di bahagian tengah. Saya juga risaukan gerakan di bahagian sayap mereka.

“Saya tidak boleh jamin mampu capai kemenangan tetapi kami akan menuju ke arah itu,” katanya ketika sidang media pra perlawanan, di sini, hari ini.

Sementara itu, kapten Vietnam, Do Hung Dung berkata segala-galanya terserah kepada pemain itu sendiri untuk melaksanakan segala perancangan yang diatur.

“Kami ada pakar nutrisi dan juga doktor pasukan, jadi tidak timbul soal itu (kepenatan). Yang penting apabila masuk ke dalam padang, mentaliti juga kena betul,” katanya.

Sumber: Berita Harian