WHAT'S NEXT

#CATSMUZIK

10.00am - 02.00pm

CHENG HOE POSITIF MAMPU KECEWAKAN VIETNAM

Tan Cheng Hoe percaya jentera serangan skuad Harimau Malaya mampu menghadiahkan kekecewaan buat Vietnam


Back To Sports Updates

HANOI: Tan Cheng Hoe percaya jentera serangan skuad Harimau Malaya mampu menghadiahkan kekecewaan buat Vietnam pada aksi ketiga Kumpulan G Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 di Stadium My Dinh, malam esok.

Walaupun mengakui saingan Liga Malaysia (Liga M) lebih dibayangi sentuhan lebih baik daripada ‘awang import’, pengendali skuad kebangsaan itu masih yakin anak tempatan mampu menyerlah pada perlawanan getir itu.

Bagaimanapun, bekas pembimbing pasukan Kedah itu mahu bersikap tenang kerana enggan memberikan lebih tekanan kepada pemainnya yang kini berada dalam situasi positif selepas meraih kemenangan 6-0 ke atas Sri Lanka dalam aksi persahabatan sebelum ini.

“Memang kita ada beberapa pemain warisan (kacukan) dan naturalisasi tetapi apabila bermain di My Dinh ia pasti jadi tugas sukar. Namun saya percaya pemain sudah sedia untuk cuba mendapatkan keputusan yang baik.

“Di liga tempatan memang import lebih menyerlah namun saya sebagai jurulatih perlu kekal positif, yakin dan sentiasa berikan sokongan kepada mereka (penyerang tempatan),” katanya ketika sidang media pra perlawanan di sini, hari ini.

Sebagai rekod, Malaysia tewas 2-0 pada aksi Kumpulan A Piala Suzuki AFF tahun lalu dan turut menyaksikan kedua-duanya layak ke final pertandingan itu.

Sekali pun berjaya mengikan pasukan Vietnam 2-2 dalam aksi pertama di Kuala Lumpur, impian skuad Harimau Malaya menjulang Piala AFF buat kali kedua lebur apabila tewas tipis 1-0 dalam aksi ulangan.

“Persiapan kini berjalan dengan lancar. Untuk saya, saya mahu bersikap positif dan berharap kami mampu mendapatkan keputusan positif,” katanya.

Sumber: Berita Harian