• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Lionel Messi alami keletihan hamstring, cetus kebimbangan menjelang Piala Dunia
26 May 2026 | 09:10 PM

Lionel Messi alami keletihan hamstring, cetus kebimbangan menjelang Piala Dunia

Miami - Kebimbangan mula menyelubungi kem Argentina menjelang saingan Piala Dunia selepas Lionel Messi disahkan mengalami keletihan otot hamstring kiri ketika beraksi bersama Inter Miami.

Kelab Major League Soccer (MLS) itu mengesahkan perkara berkenaan menerusi kenyataan rasmi hari ini, namun tidak mendedahkan tempoh sebenar pemulihan kapten Argentina berusia 38 tahun itu.

Messi mengalami kecederaan berkenaan ketika membantu Inter Miami menewaskan Philadelphia Union 6-4 semalam sebelum meminta untuk dikeluarkan pada minit ke-73.

Pemenang lapan kali Ballon d'Or itu dilihat memegang bahagian belakang kaki kirinya, namun masih mampu berjalan seperti biasa menuju ke bilik persalinan selepas digantikan.

“Selepas menjalani pemeriksaan lanjut, diagnosis awal menunjukkan tekanan berlebihan berkaitan keletihan otot hamstring kiri.

“Tempoh pemulihan bergantung kepada perkembangan klinikal dan proses rehabilitasi pemain,” menurut kenyataan Inter Miami.

Situasi itu menimbulkan persoalan mengenai tahap kecergasan Messi ketika Argentina sedang membuat persiapan mempertahankan gelaran dunia pada 2026 FIFA World Cup yang akan berlangsung di Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico bermula 11 Jun ini.

Argentina dijadual memulakan kempen menentang Algeria di Kansas City lima hari selepas kejohanan bermula.

Sejak menyertai Inter Miami pada 2023, Messi dilaporkan lebih berhati-hati dalam menguruskan beban permainannya dengan staf kejurulatihan kerap merehatkannya ketika jadual padat.

MLS juga akan menghentikan sementara saingan liga sepanjang berlangsungnya Piala Dunia.

Messi masih belum membuat pengesahan rasmi mengenai penyertaannya di kejohanan itu, namun dia dijangka kembali mengetuai Argentina dalam penampilan keenam di pentas Piala Dunia, sekali gus menyamai rekod penampilan terbanyak sepanjang zaman.

Skuad akhir Argentina dijangka diumumkan minggu depan dengan juara dunia itu bakal mengharungi dua aksi persahabatan menentang Honduras pada 6 Jun dan Iceland pada 9 Jun di Amerika Syarikat.

Sumber: Harian Metro

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok