• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

RAS: AirBorneo Ulangi Komitmen Kekalkan Tambang Berpatutan
16 December 2025 | 11:17 AM

RAS: AirBorneo Ulangi Komitmen Kekalkan Tambang Berpatutan

KUCHING, 15 Dis (Bernama) - AirBorneo mengulangi komitmennya untuk mengekalkan tambang yang adil dan berpatutan bagi seluruh rangkaian Perkhidmatan Udara Luar Bandar (RAS), seiring dengan persiapan untuk memulakan operasi penuh susulan pengambilalihan MASwings.

AirBorneo dalam kenyataan memaklumkan semua laluan yang dikendalikan semasa tempoh awal operasi adalah di bawah rangkaian RAS, sama seperti yang dikendalikan MASwings pada masa ini dan terletak di Sarawak, Sabah serta Labuan.

"Struktur tambang telah diselaraskan untuk menyokong kesinambungan dan kelestarian operasi, dengan mengambil kira subsidi yang akan diberikan melalui perjanjian obligasi perkhidmatan awam dengan Kerajaan Persekutuan (Perjanjian RAS)," katanya.

Syarikat penerbangan itu memaklumkan tiada kenaikan tambang pada mana-mana laluan AirBorneo berbanding tambang MASwings, sambil menambah bahawa rasional Perjanjian RAS adalah untuk mengekalkan tambang pada harga berpatutan yang mengimbangi kesalinghubungan dan kemampanan operasi.

AirBorneo memaklumkan akan terus berunding dengan Kerajaan Persekutuan dan juga melihat pilihan lain untuk memperoleh tambang terbaik bagi penumpang di Sabah dan Sarawak, sambil menekankan sebarang pelarasan akan dilakukan setelah perjanjian baharu RAS dipersetujui bersama dengan Kerajaan Persekutuan.

Bagi laluan bukan RAS yang akan dilancarkan pada masa depan, AirBorneo memaklumkan ia sedang membangunkan strategi penetapan harga berpatutan yang membolehkan syarikat penerbangan itu mempertimbangkan aspek kos sambil turut menawarkan nilai, kesalinghubungan, kebolehpercayaan dan ketepatan masa.

Laman web AirBorneo dilancarkan pada 10 Dis dengan tiket tersedia untuk ditempah mulai 14 Jan 2026, selaras dengan pengambilalihan dan operasi MASwings oleh AirBorneo Holdings Sdn Bhd yang berkuat kuasa 1 Jan 2026.

Sumber: BERNAMA

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok