• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

MetMalaysia Keluarkan Amaran Ribut Petir dan Hujan Lebat di Beberapa Negeri
22 September 2025 | 05:34 PM

MetMalaysia Keluarkan Amaran Ribut Petir dan Hujan Lebat di Beberapa Negeri

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat yang dijangka berterusan sehingga pukul 7.00 malam.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan, MetMalaysia memaklumkan bahawa amaran tersebut melibatkan beberapa negeri iaitu Perak, Terengganu, Pahang, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah.

Antara kawasan yang dijangka terkesan di Perak ialah Larut, Matang dan Selama serta Kuala Kangsar, manakala di Terengganu melibatkan Hulu Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman.

Di Pahang, kawasan terlibat termasuk Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong, Temerloh, Kuantan dan Rompin. Kawasan di Selangor pula ialah Hulu Selangor, Gombak, Petaling dan Hulu Langat.

Amaran turut merangkumi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta daerah Jelebu, Seremban dan Kuala Pilah di Negeri Sembilan.

Sementara itu, di Sarawak, kawasan yang dijangka terkesan ialah Sibu (Selangau), Mukah (Dalat dan Mukah), Kapit (Kapit dan Belaga), Bintulu, Miri (Beluru dan Telang Usan) serta Limbang (Lawas).

Di Sabah pula, amaran melibatkan kawasan Sipitang, Tenom, Beaufort dan Nabawan (Bahagian Pedalaman), Papar (Bahagian Pantai Barat), selain Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan (Bahagian Sandakan).

Sumber: MetMalaysia

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok