• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Acara Tiup Sumpit Digugur Daripada Sukan Borneo 2025
19 September 2025 | 11:27 AM

Acara Tiup Sumpit Digugur Daripada Sukan Borneo 2025

KUCHING, 17 Sept (Bernama) - Acara tiup sumpit yang sepatutnya dipertandingkan pada Sukan Borneo 2025 digugurkan berikutan kurang penyertaan daripada kontinjen yang mengambil bahagian.

Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata walaupun acara itu antara sukan tradisional yang dirancang untuk diketengahkan, hanya beberapa kontinjen berminat menyertainya.

"Kita memang merancang untuk mengadakan dua acara tradisional iaitu tiup sumpit dan tarik tali. Namun, disebabkan kurang sambutan, tiup sumpit tidak dapat diteruskan. Tarik tali tetap dikekalkan," katanya kepada pemberita selepas meninjau pusat pengambilan kit perlumbaan Kuching Marathon ke-10 di sebuah pusat beli-belah di sini, hari ini.

Sukan Borneo 2025 akan berlangsung dari 24 hingga 28 Sept ini dengan penyertaan kontinjen dari Sarawak, Sabah, Labuan, Brunei serta Provinsi Kalimantan Timur.

Abdul Karim berkata bagi edisi kali ini hanya satu provinsi dari Indonesia akan menyertai iaitu Kalimantan Timur, manakala Kalimantan Barat tidak dapat mengambil bahagian atas faktor tertentu.

Antara acara yang dipertandingkan pada Sukan Borneo 2025 ialah olahraga, renang, badminton, memanah dan boling padang.

Sukan Borneo pertama kali dianjurkan pada 1995 dan kali terakhir diadakan pada 2013 di Labuan.

Sumber: BERNAMA

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok