KUCHING – Suasana di Plaza Merdeka, Kuching semakin meriah menjelang penganjuran Kuching Marathon 2025, acara larian terbesar di Sarawak, yang dijadual berlangsung pada hari Ahad ini.
Tinjauan wartawan mendapati peserta telah mula mengambil kit larian masing-masing sejak hari Rabu yang lalu, dan proses pengambilan dijangka berterusan sehingga esok.
Selain itu, penganjur turut menganjurkan mini ekspo yang menampilkan pelbagai kelengkapan larian seperti pakaian, kasut, aksesori, gel tenaga, peralatan elektronik, dan banyak lagi.
Menurut Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato’ Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, lebih 14,000 pelari dijangka menyertai acara berprestij yang kini memasuki edisi ke-10 itu.
Kuching Marathon 2025 menawarkan empat kategori perlumbaan, iaitu marathon penuh (42 KM), separuh marathon (21 KM), 10 KM, dan 5 KM, bagi memberi peluang kepada pelari berpengalaman mahupun peserta amatur.
Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini