MANCHESTER – Pertahanan Manchester United, Harry Maguire menegaskan keraguan penyokong tidak mencerminkan kekuatan sebenar pasukan menjelang saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) 2025/26.
Menurutnya, skuad kendalian Ruben Amorim kini berada pada tahap terbaik selepas mengharungi pramusim penuh bersama pengurus baharu itu, selain diperkukuh dengan kehadiran pemain baharu seperti Matheus Cunha, Bryan Mbeumo dan Benjamin Sesko.
“Kami sudah hampir mencapai permulaan segar. Harapan kami adalah memulakan musim dengan baik dan bersaing di kelompok teratas,” kata Maguire.
Beliau menambah, pendekatan taktikal 3-4-3 yang diterapkan Amorim semakin difahami pemain, sekali gus meningkatkan persaingan sihat dalam skuad.
Sebagai pembuka tirai, United bakal berdepan Arsenal di Old Trafford pada Ahad ini.
Sumber: Kosmo Online!
Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini