RIYADH: Bintang bola sepak Portugal, Cristiano Ronaldo, dan model terkenal, Georgina Rodriguez, akhirnya mengumumkan pertunangan mereka selepas lapan tahun menjalin hubungan. Berita gembira itu dilaporkan oleh ESPN.
Georgina berkongsi momen istimewa itu di Instagram dengan memuat naik gambar cincin pertunangan, disertai kapsyen ringkas tetapi penuh makna: “Ya, saya setuju. Ketika ini dan sepanjang hidup saya.”
Pasangan ini mempunyai empat anak bersama pasangan kembar Eva Maria dan Mateo, Alana, serta Bella. Malangnya, saudara kembar Bella meninggal dunia pada 2022. Mereka juga membesarkan anak sulung Ronaldo, Cristiano Ronaldo Jr.
Ronaldo, yang kini beraksi untuk kelab Al-Nassr FC di Arab Saudi, sering menjadi tumpuan bukan sahaja di padang, tetapi juga dalam kehidupan peribadinya yang penuh perhatian media.
Sumber: Kosmo Online!
Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini