• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Wartawan Terkemuka Al Jazeera, Anas al-Sharif, Terbunuh Dalam Serangan Israel di Gaza
11 August 2025 | 12:05 PM

Wartawan Terkemuka Al Jazeera, Anas al-Sharif, Terbunuh Dalam Serangan Israel di Gaza

BANDAR GAZA, 11 Ogos - Dua wartawan Al Jazeera, termasuk koresponden terkenal Anas al-Sharif, dilaporkan maut bersama tiga jurukamera selepas khemah media mereka diserang tentera Israel di luar pintu utama sebuah hospital di Gaza, semalam.

Menurut Al Jazeera, serangan itu adalah serangan yang disasarkan secara khusus terhadap kumpulan wartawannya. Al-Sharif, 28, dikenali kerana liputan harian dari utara Gaza sejak bermulanya perang 22 bulan lalu.

Tentera Israel mengesahkan mereka menyasarkan Al-Sharif, mendakwa beliau adalah anggota Hamas yang menyamar sebagai wartawan dan mengetuai sel pejuang yang melancarkan serangan roket terhadap orang awam dan tentera Israel.

"Sebentar tadi, di Bandar Gaza, IDF menyerang pengganas Anas al-Sharif, yang menyamar sebagai wartawan rangkaian Al Jazeera," kata tentera Israel dalam kenyataan di Telegram.

Sejak konflik bermula, kira-kira 200 petugas media dilaporkan terbunuh, menurut badan pemerhati media. Hubungan Israel–Al Jazeera sebelum ini sudah tegang, termasuk larangan operasi stesen itu di Israel dan serbuan ke atas pejabatnya.

Sumber: Berita Harian

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok