• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Hafiz Suip Kembali Bangkit, Hadiahkan Konsert Istimewa Buat Peminat
11 August 2025 | 11:48 AM

Hafiz Suip Kembali Bangkit, Hadiahkan Konsert Istimewa Buat Peminat

Penyanyi terkenal Hafiz Suip mengumumkan kemunculan semula selepas melalui fasa sukar dalam hidupnya. Berbekalkan kekuatan daripada keluarga dan sokongan peminat, Hafiz bakal mengadakan konsert solo Di Sebalik Aku di MegaStar Arena, Kuala Lumpur pada 1 November ini.

“Konsert ini adalah hadiah untuk peminat dan peluang untuk saya berkongsi perjalanan hidup serta karier yang sering menjadi tanda tanya. Ia bukan untuk meraih simpati atau membuka aib,” kata Hafiz, 35, yang sudah 16 tahun bergelar penyanyi.

Hafiz, atau nama penuhnya Mohamad Hafiz Mohamad Suip, pernah menyepi daripada industri muzik, sekali gus menimbulkan persoalan dalam kalangan peminat. Kini, beliau berjanji memberikan persembahan penuh emosi dengan lebih 15 lagu popular yang boleh dinyanyikan bersama penonton.

Mengakui stamina dan penjagaan suara sebagai cabaran utama, pemenang pelbagai anugerah ini tetap optimis: “Insya-Allah semua akan baik. Penganjur banyak membantu.”

Hafiz juga terbuka berkongsi kisah peribadinya, termasuk perceraian dengan bekas isteri, Nureffy Jasreel Abdullah pada Mei lalu. Menurutnya, pengalaman hidup mengajarnya erti reda, syukur dan berdamai dengan takdir.

“Berdamai itu nampak mudah, tapi hakikatnya sukar. Alhamdulillah, saya temui ketenangan itu dengan kembali kepada Maha Pencipta,” ujarnya yang juga bapa kepada dua anak lelaki.

Selain kembali aktif menyanyi, Hafiz kini giat menggunakan media sosial untuk berhubung dengan peminat. “Kali ini tak tutup akaun Instagram lagi. Menyesal kalau buat. Itu platform komunikasi saya dengan peminat,” tambahnya.

Sumber: Kosmo Online!

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok