• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Fasa peralihan monsun dijangka bermula 25 Mac - MetMalaysia
21 March 2025 | 10:49 AM

Fasa peralihan monsun dijangka bermula 25 Mac - MetMalaysia

KUALA LUMPUR, 20 Mac (Bernama) -- Fasa peralihan monsun dijangka bermula pada 25 Mac ini dan berterusan hingga Mei, menandakan berakhirnya Monsun Timur Laut.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata semasa fasa ini, rantau negara akan menerima tiupan angin lemah dari pelbagai arah.

Beliau berkata keadaan ini boleh menggalakkan pembentukan awan ribut petir yang lazimnya membawa kepada kejadian hujan lebat berserta angin kencang dalam tempoh masa singkat, terutamanya pada waktu petang dan awal malam di kebanyakan kawasan di barat dan pedalaman Semenanjung, barat Sabah dan Sarawak.

"Fenomena cuaca ini berpotensi menyebabkan banjir kilat serta kerosakan pada struktur yang tidak kukuh," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata orang ramai dinasihatkan lebih berwaspada ketika tempoh ini dan sentiasa peka dengan ramalan dan amaran cuaca yang dikeluarkan oleh MetMalaysia melalui laman web rasmi, aplikasi mobil myCuaca serta media sosial rasmi jabatan.

Orang ramai boleh menghubungi talian 1-300-22-1638 untuk sebarang pertanyaan lanjut.

Sumber: BERNAMA

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok