• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Jumlah mangsa banjir di Johor, Sarawak, Sabah meningkat pagi ini
06 February 2025 | 11:10 AM

Jumlah mangsa banjir di Johor, Sarawak, Sabah meningkat pagi ini

Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) tiga negeri yang terjejas dengan bencana itu iaitu Johor, Sarawak dan Sabah, meningkat setakat 8 pagi ini berbanding semalam.

Di Johor, negeri yang terbaharu dilanda banjir sejak petang semalam menyaksikan jumlah mangsa yang dipindahkan sedikit meningkat kepada 372 orang berbanding 364 orang malam tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Tan Sri Dr Azmi Rohani dalam kenyataan memaklumkan, kesemua mangsa ditempatkan di tiga PPS di daerah Kota Tinggi iaitu Dewan Muafakat Taman Desaru Utama dengan 172 orang, Dewan Kampung Baru Sungai Mas (40 orang) dan Sekolah Kebangsaan Bandar Penawar (160 orang).

“Selain itu, stesen Sungai Kahang di Kampung Contoh, Kluang, dilaporkan melepasi paras bahaya iaitu dengan bacaan 14.57 meter,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sarawak masih menjadi negeri yang teruk terjejas dengan bencana itu dengan merekodkan peningkatan mangsa yang dipindahkan di 30 PPS iaitu 5,384 orang berbanding 5,125 orang malam tadi, setelah beberapa hari mencatatkan penurunan.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak memaklumkan dua bahagian di negeri itu mencatatkan peningkatan iaitu Bahagian Sibu seramai 1,142 berbanding 876 orang dan Bahagian Mukah, 528 mangsa berbanding 501 mangsa malam tadi.

“Jumlah mangsa di Bahagian Bintulu pula mencatatkan sedikit penurunan dengan 1,864 orang berbanding 1,865 orang, begitu juga Bahagian Miri turut berkurang kepada 1,184 orang daripada 1,217 orang sebelum ini, manakala jumlah mangsa di Serian (507), Samarahan (149), dan Sarikei (10) kekal ” katanya.

Di Sabah, Keningau menjadi daerah terbaharu dilanda banjir lewat malam tadi, selain Kinabatangan.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah melaporkan jumlah mangsa banjir terus meningkat kepada 319 daripada 82 keluarga pada pagi ini, berbanding 228 daripada 60 keluarga pada 8 malam tadi.

“Seramai 66 orang (16 keluarga) dipindahkan ke sebuah PPS di Keningau, manakala 253 orang (65 keluarga) berlindung di dua PPS di Kinabatangan,” menurut jawatankuasa itu.

Sumber: BERNAMA

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok