• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Jumlah mangsa banjir di Sarawak menurun, Sabah kekal
05 February 2025 | 10:54 AM

Jumlah mangsa banjir di Sarawak menurun, Sabah kekal

Jumlah mangsa banjir di Sarawak terus menurun manakala di Sabah kekal setakat 8 pagi ini.

Di Sarawak, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak melaporkan jumlah mangsa menurun kepada 5,747 orang berbanding 6,160 malam tadi.

Di Bahagian Bintulu, jumlah mangsa di tujuh pusat pemindahan sementara (PPS) menurun kepada 1,966 orang berbanding 2,429 sebelum ini manakala di Bahagian Miri jumlah mangsa meningkat sedikit kepada 1,404 orang berbanding 1,390 malam tadi ditempatkan di 10 PPS.

Bahagian Sibu juga merekodkan peningkatan mangsa kepada 848 orang di lima PPS berbanding 828 sebelum ini sementara jumlah mangsa di Bahagian Serian kekal 792 orang berlindung di dua PPS.

Jumlah mangsa di Bahagian Samarahan menurun kepada 294 orang berbanding 426 di tiga PPS, sementara di Bahagian Mukah jumlah mangsa meningkat kepada 443 orang daripada 313 mangsa malam tadi dengan lima PPS beroperasi.

Keseluruhannya, sebanyak 32 PPS masih beroperasi di Sarawak setakat pagi ini berikutan pembukaan sebuah PPS di Mukah dan penutupan sebuah lagi di Miri.

Di Sabah, jumlah mangsa banjir kekal 137 orang daripada 40 keluarga setakat 8 pagi ini dengan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah memaklumkan Kinabatangan satu-satunya daerah masih dilanda banjir.

Jawatankuasa itu memaklumkan PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Sukau menempatkan 36 orang  daripada 13 keluarga manakala PPS SK Bukit Garam menempatkan 27 keluarga melibatkan 101 orang.

Sumber: BERNAMA

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok