• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Masjid Darul Huda Kampung Siol Kandis sedia tampung kapasiti 1,200 pengguna
24 January 2025 | 05:38 PM

Masjid Darul Huda Kampung Siol Kandis sedia tampung kapasiti 1,200 pengguna

Masjid Darul Huda di Kampung Siol Kandis kini mampu menampung 1,200 pengguna selepas pembinaannya siap sepenuhnya pada 10 Mac 2024 dengan kos sebanyak RM5.2 juta.

Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg merasmikan masjid baharu yang terletak di atas tanah seluas 4,570 meter persegi itu, hari ini. Masjid ini dijangka menjadi pusat kegiatan keagamaan penting, memperkukuh nilai kerohanian masyarakat setempat.

Projek pembinaan yang bermula pada 11 Januari 2021 ini mendapat sokongan Kerajaan Sarawak dengan sumbangan sebanyak RM3.9 juta, sementara RM1.3 juta lagi diperoleh melalui kutipan wakaf daripada penduduk kampung dan pihak luar.

Tapak pembinaan masjid ini merupakan tanah wakaf daripada Allahyarham Tan Sri Abang Khalid Tan Sri Abang Marzuki, Puan Sri Lily Johari, dan Allahyarham Abdul Rahim Moharif.

Pada majlis perasmian, Yayasan Bintulu Port turut menyumbangkan sebuah van jenazah kepada Masjid Darul Huda, memanfaatkan penduduk Kampung Siol Kandis dan kawasan sekitar.

Sumber: Suara Sarawak

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok