• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Dua sahabat berdepan tali gantung edar dadah
24 January 2025 | 05:21 PM

Dua sahabat berdepan tali gantung edar dadah

Dua sahabat, Chong Wen Kai (20) dan Justin Ng Boon Hao (22), berdepan hukuman berat apabila mereka dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas dua pertuduhan mengedar dadah lebih 22 kilogram (kg) awal bulan lalu.

Kedua-dua mereka didakwa bersama-sama mengedar dadah jenis MDMA seberat 22,008 gram pada 10 Januari di sebuah kediaman di Taman Mount Austin, Johor Bahru, pada pukul 8.50 malam.

Selain itu, mereka juga menghadapi pertuduhan memiliki dadah, termasuk 270 gram ketamin dan 10 gram nimatezepam pada tarikh dan lokasi yang sama.

Walaupun pertuduhan dibacakan dalam Bahasa Mandarin di hadapan Majistret Hidayatul Syuhada Shamsudin, tiada pengakuan direkodkan kerana kes ini berada dalam bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 10 Mac dan 25 Mac depan untuk serahan dokumen dan laporan kimia. Sekiranya sabit kesalahan, mereka boleh dikenakan hukuman mati di tali gantung atau penjara seumur hidup.

Kes ini dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Siti Aishah Latif dan Amirah Tasnim Saleh.

Sumber: Kosmo Online!

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok