• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Mondy diperintah bayar RM20,000 kepada Ebit Lew
22 January 2025 | 05:46 PM

Mondy diperintah bayar RM20,000 kepada Ebit Lew

Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini memutuskan bahawa pempengaruh Indonesia, Mondy Tattoo (nama sebenar Dita Restu Amanda), perlu membayar ganti rugi sebanyak RM20,000 kepada pendakwah terkenal, Ebit Irawan Ibrahim Lew (Ebit Lew), kerana menfitnahnya dengan dakwaan rogol. Keputusan tersebut diumumkan oleh Ebit Lew melalui hantaran di Facebook, di mana beliau mengucapkan syukur atas kemenangan saman tersebut.

Dalam kenyataan tersebut, Ebit mengesahkan bahawa Mondy diwajibkan membayar ganti rugi am sebanyak RM20,000 serta faedah lima peratus setahun bermula dari tarikh pemfailan writ saman sehingga kes tersebut diselesaikan sepenuhnya. Ebit juga berkongsi tangkap layar writ saman yang dikeluarkan oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam sebagai bukti keputusan tersebut.

Sebagai tambahan, Ebit turut memaklumkan bahawa saman terhadap penyanyi dan pempengaruh Caprice (nama sebenar Ariz Ramli) yang turut menyiarkan dakwaan fitnah tersebut melalui podcast akan berlangsung pada Mei 2025.

Sebelum ini, Mondy telah membuat laporan polis yang mendakwa dirinya menjadi mangsa gangguan seksual oleh Ebit Lew. Sebagai tindak balas, Ebit juga telah membuat laporan polis bagi menafikan dakwaan tersebut dan menyifatkan tuduhan itu sebagai fitnah.

Pada 6 Jun 2024, pihak pendakwaan memutuskan untuk tidak meneruskan kes tuduhan rogol terhadap Ebit, dengan keputusan "no further action" (tiada tindakan lanjut).

Ebit dan Mondy pertama kali berkenalan ketika Ebit menjalankan aktiviti kemanusiaan di Jakarta, Indonesia, pada 7 Jun 2023, di mana Mondy memperkenalkan dirinya sebagai ibu tunggal dan gelandangan. Ebit kemudian memfailkan saman fitnah terhadap Mondy dan Caprice pada 26 September 2023.

Sumber: Kosmo Online!

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok