• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Malaysia sifatkan gencatan senjata bolehkan lebih banyak penghantaran bantuan kemanusiaan ke Gaza
17 January 2025 | 11:46 AM

Malaysia sifatkan gencatan senjata bolehkan lebih banyak penghantaran bantuan kemanusiaan ke Gaza

KUALA LUMPUR: Malaysia menganggap perjanjian gencatan senjata antara Hamas dan Israel sebagai langkah penting dalam menghentikan konflik 15 bulan yang telah mengorbankan ribuan nyawa.

Menurut kenyataan Wisma Putra, perjanjian ini juga membuka laluan kepada penghantaran bantuan kemanusiaan ke Gaza, terutama ketika musim sejuk yang mencabar.

"Usaha perlu difokuskan kepada pelaksanaan berkesan perjanjian ini sesuai dengan komitmen semua pihak," menurut kenyataan itu.

Malaysia turut memuji peranan Mesir, Qatar, dan Amerika Syarikat sebagai pengantara yang komited dalam mencapai kesepakatan ini.

Dilaporkan, gencatan senjata itu akan bermula Ahad ini, seperti disahkan oleh Perdana Menteri Qatar, Sheikh Mohammed Abdulrahman Jassim Al Thani.

Sejak Oktober 2023, konflik ini telah menyebabkan lebih 46,000 rakyat Palestin terbunuh di Gaza.

Malaysia menegaskan sokongannya terhadap hak rakyat Palestin untuk menentukan nasib mereka sendiri, menyeru kepada penubuhan negara Palestin merdeka berdasarkan sempadan pra-1967 dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara, demi mencapai keamanan dan kestabilan di Asia Barat.

Sumber: Berita Harian

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok