• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Lelaki pukul isteri sebab tolak ajakan ‘bersama’ dipenjara
14 January 2025 | 06:44 PM

Lelaki pukul isteri sebab tolak ajakan ‘bersama’ dipenjara

Padah mencederakan isteri kerana berang ajakan untuk ‘bersama’ ditolak, seorang pemotong rumput dihukum penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Majistret Khairunnisak Hassni membuat keputusan itu selepas menerima pengakuan salah daripada tertuduh berusia 32 tahun.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh telah menyebabkan kecederaan kepada isterinya berusia 32 tahun untuk mengadakan hubungan kelamin dengan mangsa.

Kesalahan itu dilakukan kira-kira pukul 2 pagi di dalam bilik kelamin sebuah rumah di Kampung Padang dalam daerah Melaka Tengah pada 10 Januari 2025.

Mengikut fakta kes, tertuduh bertindak menampar, menumbuk, mencekik, menendang dan memukul isterinya menggunakan kayu sehingga mengakibatkan kecederaan kerana berang wanita itu menolak ajakan untuk melakukan persetubuhan.

Mangsa memberikan alasan kepenatan menjaga anak lelaki mereka yang berusia setahun selain tidak tahan dengan permintaan tertuduh yang mahu melakukan persetubuhan setiap hari.

Sumber: Kosmo Online!

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok